Politik Lee Un-ju

Pada awal 2012, Lee dibawa ke Parti Bersatu Demokratik (kini Parti Demokratik Bersama aka PDB) oleh presidennya, Han Myung-sook.[6] Beliau dicalonkan sebagai calon MP untuk kawasan ke-2 Gwangmyeong, dan mendahului Chun Jae-hui dari Parti Saenuri.[7][1][6] Beliau dipilih semula untuk kawasan yang sama pada 2016.[6]

Sewaktu pilihan presiden pada 2017, Lee mengkritik Moon Jae-in, calon presiden PDB.[8] Pada 6 April, beliau berpindah ke Parti Nasional dan menyokong calonnya, Ahn Cheol-soo.[8][7][6] Masa itu penarafan kelulusan Ahn yang setinggi Moon akibat penyokongan daripada beberapa ahli-ahli politik yang menentang Moon.[6] Meskipun, Ahn hilang popularitinya dan kecundang sebagai ke-3 (21.41%), kira-kira separuh daripada Moon.[6]

Lee bertanding sebagai Presiden parti pada 27 Ogos, tetapi kalah. Beliau setuju dengan gabungan partinya dengan Parti yang Benar lalu sertai Parti Masa Depan yang Benar (BMP) pada awal 2018. Beliau pernah dijangka sertai Parti Korea Bebas.[9]

Pada 23 April 2019, Lee umum keluar parti BMP.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Lee Un-ju http://monthly.chosun.com/client/news/viw.asp?ctcd... http://m.gyotongn.com/news/articleView.html?idxno=... http://www.joongboo.com/news/articleView.html?mod=... http://blog.naver.com/k041036 http://www.newdaily.co.kr/site/data/html/2018/11/2... http://www.sisaon.co.kr/news/articleView.html?idxn... http://www.sisaon.co.kr/news/articleView.html?idxn... http://www.sporbiz.co.kr/news/articleView.html?idx... http://www.vop.co.kr/A00001340346.html http://www.tbs.seoul.kr/news/bunya.do?method=daum_...